Perbicaraan Anwar Ibrahim Augustine_Paul

Augustine terkenal kerana menghakimi perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah penghakiman di Malaysia.

Pada 14 April 1999, Hakim Augustine mendapati Anwar Ibrahim bersalah selepas satu perbicaraan kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya. Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Pelbagai bukti dan saksi dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Ini termasuklah sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA. Tilah itu tidak bercadar. Pakar DNA menyatakan 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut. Bagaimanapun Augustine menerima keterangan DNA tersebut.

Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.